Friday, February 10, 2012

Buah Tunjuk Langit dan Khasiatnya

ada 5 kelopak
Buah tunjuk langit atau nama glemernya Skyfruit atau nama saintifiknya  Swietenia_Macrophylla dah lama di komersialkan. ada yang jadikan bahan campuran dalam kopi,diisi dalam kapsul.
tapi kali ni saya dapat tengok dan makan ‘the real’ biji buah tunjuk langit dikhabarkan, sekuntum@sebiji buah tunjuk langit tu berharga RM400!! mungkin jika didapatkan pada bukan musim dia.
Pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali je..dan setiap biji kecil tu dijual RM5.. mahal juga ye.. tapi Mr.R saya dapat free je dari orang kampung.
Buah tunjuk langit ni dikatakan berkhasiat untuk penyakit diabetes dan darah tinggi dan boleh meneutralkan kembali kandungan gula dalam badan. bijinye agak pahit kalau diletakkan di lidah.  tapi saya telan terus je macam ubat. dan tak merasa la kepahitan yang amat seperti yang diberitahu oleh Mr.R.
mungkin kepahitan tu la yang jadi penawar kencing manis. kalau takde diabetes pun still boleh makan buah tu dan tak memudaratkan pun
gambar ni diambil dari hasilan google ..
dan biji sebenar yang kami dapat setelah ia dikeringkan, begini
yang putih tu biji yang telah dibuang kulitnya .makan sebiji untuk 2-3hari sekali.
Mr.R kata, buah ni ada banyak yang Majlis Bandaran tanam kat area highway seberang jaya.
kalau berkesempatan, insyaAllah saya nak shot sekeping dua pokoknya nanti.
———————————————————–
Beberapa minggu lepas, Mr.R saya dapat sebiji buah tunjuk langit, juga didapati lagi dengan tanpa bayaran free, pemberian kariah masjid di kampung. Untung berada dikalangan orang kampung ni, macam-macam yang boleh kita tahu dan jumpa jarang kita jumpa.
sebelum dibuang kulitnya,kulit luarnya amat keras dan ada 5 belahan.
susunan yang menarik
Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah. Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan, tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang


Hasil maklumat dari:




3 comments:

  1. sgtlah pahitnya buah nih.
    aku ada jilat sikit hr tu...

    ReplyDelete
  2. yer tm..
    memang pahit buah ni.
    klau makan hari ini sampai esok masih terasa pahitnyer .

    ReplyDelete
  3. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji dengan berat tepat sekitar 250 gram sebungkus harga cuma rm30..dengan kos penghantaran rm5...cepat dan pantas sy hantar..call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    ReplyDelete